Cyber Hygiene Series “Bulan Kesedaran Phishing Dan Scam”

26 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Februari 2026, telah diadakan Cyber Hygiene Series “Bulan Kesedaran Phishing Dan Scam” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 2:00 petang hingga 3:00 petang.

Cyber Hygiene bermaksud amalan menjaga keselamatan dalam penggunaan teknologi digital seperti menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri, yang boleh diamalkan dalam penjagaan dunia siber. Bulan Kesedaran Phishing dan Scam bertujuan meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang taktik penipuan dalam talian seperti e-mel palsu, mesej mencurigakan, dan laman web tiruan yang digunakan untuk mencuri maklumat peribadi atau kewangan. Di samping itu, menggalakkan pengguna supaya lebih berhati-hati sebelum mengklik pautan, berkongsi data peribadi, atau membuat transaksi dalam talian, serta menekankan kepentingan keselamatan digital dalam melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali